Monday 30 April 2012

10 TEKNOLOGI UNTUK OKU PENGLIHATAN


1. BRAINPORT



Alat bantu penglihatan Brainport ialah sejenis alat yang membantu golongan yang buta dan golongan yang mempunyai masalah penglihatan untuk melihat. Brainport merupakan prototaip yang masih lagi dalam tempoh kajian dan tidak dijual dimana-mana negara. Penggunaannya pada masa sekarang adalah terhad kepada kajian penyelidikan iaitu untuk mengkaji persepsi penglihatan. Kajian penyelidikan ini dijalankan di sekitar Amerika Syarikat.

              Brainport telah dicipta oleh seorang saintis daripada Universiti Pittburg. Alat ini menggunakan teori yang sama seperti koklea implant iaitu kamera mengambil gambar persekitaran dan maklumat tersebut akan diproses oleh cip. Cip tersebut berperanan untuk menukarkan maklumat yang diterima kepada rangsangan elektrik. Rangsangan elektrik yang dihasilkan akan dihantar ke otak melalui lidah. Otak manusia mampu mentafsir rangsangan ini dalam bentu visual seterusnya dan akan diarahkan ke visual kortex untuk membolehkan individu tersebut melihat. Walau bagaimanapun, imej yang dihasilkan tidak sama seperti yang dihasilkan oleh mata sebenar. Imej yang dihasilkan adalah berbentuk pixel dan polygon.


2. Braille Sense PLUS


Braille Sense PLUS ialah sejenis alat yang digunakan untuk membuat nota bagi golongan orang kurang upaya penglihatan menggunakan papan kekunci Braille. Saiz alat ini adalah kecil dan mempunyai reka bentuk yang menarik dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Terdapat pelbagai fungsi antaranya ialah “word processor”, “web browser”, “schedule manager”, dan “media player”. Alat ini juga mempunyai perisian internet yang membolehkan penggunannya menghantar e-mel dan boleh dihubungkan kepada komputer menggunakan USB, memori CF dan Bluetooth.  Selain itu, kemudahan audio seperti MP3, MP4, WAV yang dilengkapi dengan set kesan bunyi seperti “BassBoost”, gema dan kesan 3D. Perisian audio ini juga membolehkan pengguna untuk merakam suara.
                    Alat ini adalah sangat mahal dan tidak terdapat di Malaysia dan hanya boleh didapati di negara-negara yang maju seperti Jepun, Kanada, German, dan Perancis. Alat ini sangat membantu terutama kepada golongan OKU penglihatan yang menggunakan medium Braille kerana alat ini memang direka khas untuk mereka dan memudahkan mereka di tempat kerja atau belajar. Hal ini demikian kerana, alat ini boleh menterjemah tulisan Braille kepada tulisan biasa.


3. Braille e-book

Frenchman Louis Braille merupakan seorang insan yang menjadi pencetus kepada kehidupan OKU maslah penglihatan apabila beliau mencipta Braille pada tahun 1982 bagi membolehkan golongan yang mempunyai masalah penglihatan untuk mengejar perkembangan sastera yang sebelum hanyalah mimpi bagi mereka. walau bagaimanapun pencetakan tulisan Braille adalah tidka sesuai untuk teks yang panjang kerana kos yang tinggi. Oleh itu, sekumpulan pereka telah berusaha untuk mengatasi maslah yang dialami oleh mereka. Seon-Keun Park, Byung-Min Woo, Sun-Hye Woo and Jin-Sun Park telah mencipta satu alat baru yang inovatif iaitu “Braille E-Book”. Braille E-Book ini boleh digunakan untuk menyimpan dan mencetak manuskrip yang besar yang membantu untuk menjimatkan ruang dan kos. Braille E-Book, menggunakan teknologi EAP yang berfungsi untuk mengubah bentuk permukaan melalui isyarat elektromagnetik. Walau bagaimanapun, alat ini tidak banyak terdapat di dalam pasaran kerana harga pasaran yang tinggi.


4. Voice stick




Voice Stick telah dicipta oleh Sungwoo Park. Voice Stick ini mempunyai bentuk yang kecil dan ringan menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana. Alat ini akan “membaca” teks dengan kuat. Teknologi OCR akan mengimbas perkataan dan menukarkannya serta menterjemahkan perkataan kepada teks. Kemudian perisian untuk menterjemahkan teks kepada suara digunakan untuk membolehkan golongan masalah penglihatan membaca surat khabar, buku dan sebagainya. Alat ini menggunakan prinsip yang sama seperti alat terjemah bahasa. Ianya boleh didapati di USA, Canada, kawasan barat Eropah dan beberapa Bandar besar di sekitar Asia dan Amerika Latin.



5. Kamera Braille Polaroid


                                                                                                         

Alat ini telah dicipta oleh Son Seunghee, Lee Sukyung, dan Kim Hyunsoo. Alat ini membolehkan golongan yang bermasalah penglihatan terutamnya yang buta untuk mendapatkan gambaran tentang sesuatu objek dan merakamkan kenangan mereka melalui gambar seperti orang tipikal yang lain. Pereka alat ini telah memenangi anugerah Red Dot design concept pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, produk ini masih berada dalam peringkat konsep dan belum terdapat di pasaran. Produk atau alat ini menggunakan prinsip yang hamper sama dengan kemera conventional tetapi gambar yang dihasilkan adalah dalam bentuk timbul bagi membolehkan orang yang mengalami masalah penglihatan untuk merasai tekstur gambar tersebut.






6.  Tongkat Mygo

Sebastian Ritzler, ialah pelajar reka bentuk di Jerman yang telah mencipta tongkat putih beroda yang dipanggil Mygo. Mygo menggunkana “sensor-kamera” untuk mengukur permukaan lantai di bawahnya dan memberikan maklum balas melalui fon kepala tanpa wayar. Roda yang berada di bahagian bawah tongkat berfungsi sebagai enjin stereng yang membantu pengguna berjalan dengan menyediakan maklum balas melalui gengaman. Ketinggian tongkat ini boleh diubah suai mengikut kesesuaian, tahan lasak dan kalis air. Menggunakan  bateri lithium-ion yang bertahan selama 6 jam. Tongkat ini berharga $200.



7.  B&D messenger



B&D messenger mempunyai saiz yang kecil, ringan dan murah. Produk ini direka khas untuk pengguna yang menghadapi masalah penglihatan dan/atau masalah pendengaran untuk memudahkan mereka berkomunikasi sesame sendiri mahupun dengan pengguna telefon bimbit biasa. B&D Messenger ini terdiri daripada  LCD, papan kekunci standard numerik, dan papan panel huruf Braille. Untuk menggunakannya, B&D Messenger ini harus terhubung ke sebuah komputer yang seterusnya akan menerjemahkan bahasa Braille menjadi teks biasa, mahupun sebaliknya bergantung kepada keperluan. Untuk individu bermasalah penglihatan, butang Braille  yang direka khas boleh digunakan untuk menulis mesej manakala untuk membaca mesej pula mereka boleh memilih sama ada ingin membaca mesej tersebut dalam Braille ataupun diterjemahkan dalam bentuk pertuturan.


8. JAWS Sofware




JAWS atau Job Access With Speech ialah program pembaca skrin komputer dalam Microsoft windows yang membolehkan golongan masalah penglihatan atau buta untuk menggunakan komputer sama ada menggunakan perisian teks ke pertuturan atau “Refreshable Braille Display”.  Perisian ini menyokong semua jenis windows termasuk windows XP. Terdapat 2 versi program iaitu standard dan profesional. Versi standard berfungsi dengan sistem operasi  home windows biasa dan dijual pada harga US$895 manakala versi profesional berfungsi untuk semua sistem operasi dan dijual pada harga US$1095. Di Malaysia perisian ini boleh diperolehi di Malaysian Association for the Blind yang terletak di Jalan Tun Sambathan. Harganya mencecah RM 4000 ke atas untuk 3 kali install.



9. Apple iPad

Teknologi-teknologi keluaran Apple telah menitiberatkan keperluan golongan berkeperluan khas terutamanya golongan masalah penglihatan. Alat-alat keluaran Apple seperti ipad dan iphone telah menggunakan beberapa perisian untuk memudahkan golongan kurang upaya untuk menggunakan alat ini seperti  kebolehan untuk menambah saiz teks, pilihan untuk menukar warna latarbelakang dan perisian suara untuk membacakan perkataan yang terpapar di screen. Alat keluaran Apple boleh didapati di pasaran Malaysia mengikut harga semasa.


10. Al-Quran Braille

Bagi memberi peluang kepada mereka yang cacat penglihatan membaca serta menghayati kandungan al-Quran, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) telah memperkenalkan al-Quran Braille. Al-Quran braille ini yang diusahakan oleh ahli jawatankuasa Pertis sendiri dengan kerjasama dan nasihat Jakim, merupakan yang pertama diperkenalkan di Malaysia. Kini soft copy al-Quran Braille juga telah berjaya dicipta di Malaysia. Kedua-dua al-Quran ini boleh diperolehi melalui Pertis di alamat Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) Wilayah Kelantan, Kedai Beris Kubur Besar,16050 Bachok, Kelantan.Atau menghubungi talian 09 764 9203 dan Ibu Pejabat Pertis di Kuala Lumpur (03 4021 2631).


                                            

5 comments:

  1. wah..alat yang amat canggih dan sgt membantu OKU dengan keurangupayaan penglihatan..Moga OKU dinegara kita berpeluang menggunakan alat-alat demikian..thanks cikgu aisyah,perkongsian yg amat menari.. =)

    ReplyDelete
  2. tima kasih tapi syg banyak yg xda lg di malaysia

    ReplyDelete
  3. kat malaysia ada ang mana je untuk alat bantuan untuk oku penglihatan. cara dapat kannya macam mana ya

    ReplyDelete