Perkhidmatan
Pendidikan
Program
pendidikan khas dan institusi yang berkaitan diwujudkan adalah untuk memberi
peluang kepada golongan berkeperluan khas untuk mendapatkan hak sama rata
selaras dengan beberapa deklarasi utama yang menuntut pendidikan untuk semua.
Hal ini adalah kerana, golongan berkeperluan khas juga mempunyai kebolehan,
minat, kemampuan dan keperluan pembelajaran sejajar dengan kewujudan Deklarasi
Pendidikan untuk Semua dan Penyataan Salamanca.
Berdasarkan
gesaan melalui deklarasi di peringkat antarabangsa dan persetujuan oleh
kebanyakan negara anggota yang telah menandatangani deklarasi tersebut,
Kementerian Pelajaran telah menjadikan deklarasi tersebut sebagai dasar kepada
pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia.
Program Pendidikan Khas
Laporan
Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 melalui
Perakuan 169 merupakan titik tolak kepada perkembangan program pendidikan khas
di Malaysia. Hasil daripada laporan ini, program pendidikan kepada pelajar
masalah pembelajaran telah diwujudkan. Program Pendidikan Khas Kementerian
Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid masalah
pendengaran dan penglihatan manakala Program Pendidikan Khas Intergrasi
disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas masalah penglihatan,
pendengaran, dan masalah pembelajaran. Program ini diwujudkan di sekolah harian
biasa, rendah dan menengah, teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
Syarat
kemasukan murid-murid ke program prasekolah pendidikan khas ialah mereka yang
berumur 6 tahun ke atas yang telah disahkan berkeperluan khas oleh pegawai
perubatan yang bertauliah. Proses penempatan murid ke program pendidikan khas
boleh dilihat dalam carta alir yang telah disediakan. Selain itu, mereka juga
mesti mempunyai kemahiran mengurus diri
tanpa bantuan orang lain. Program prasekolah ini dirancang berlandaskan pindaan
550 Akta Pendidikan 1996. Murid-murid yang mempunyai keperluan khas yang ingin
mendapatkan perkhidmatan pendidikan khas perlulah mendapat pengesahan daripada
pegawai perubatan yang bertauliah dan berupaya menguruskan diri sendiri. Dalam melaksanakan pengesahan murid berkeperluan khas
oleh Pegawai Perubatan dan semua pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur
seperti yang digariskan dibawah:
i.
Ibu bapa/penjaga perlu membawa bersama keputusan saringan IPMBDM dan ISD semasa temu janji
dengan pegawai perubatan.
ii.
Ibu bapa/penjaga perlu menanda tangani borang BPKh01 dan
membawa bersama semasa temu janji dengan pegawai perubatan. (Kes Khas dan
Berkelompok)
iii.
Borang BPKh02 hendaklah diisi oleh pihak sekolah dan
diserahkan kepada ibu bapa/penjaga untuk dibawa bersama semasa temu janji
dengan pegawai perubatan (kes Khas atau Berkelompok)
Aspek
umur yang akan menentukan sama ada murid-murid berkeperluan khas akan mengikuti
Program Pendidikan Khas peringkat rendah atau menengah. Untuk mengikuti Program
Pendidikan Khas peringkat rendah seseorang itu haruslah berumur 6 tahun hinggan
14 tahun. Murid-murid berkeperluan khas Intergrasi ini boleh mengikuti
kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif. Kurikulum kebangsaan ialah
kurikulum yang digunakan dalam aliran perdana manakala kurikulum alternatif
pula ialah kurikulum yang dibentuk berdasarkan keperluan dan kefungsian pelajar
berkeperluan khas. Murid-murid masalah
penglihatan dan pendengaran biasanya akan mengikuti kurikulum kebangsaan
menakala murid-murid masalah pembelajaran pula akan mengikuti kurikulum
alternatif.
Umur
yang boleh melayakan murid berkeperluan khas mengikuti Program Pendidikan Khas bagi peringkat
menengah ialah 13 hingga 19 tahun. Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan
khas rendah ialah 6 tahun manakala 5 tahun bagi sekolah menengah dan boleh
dilanjutkan selama 2 tahun maksimum. Kerajaan akan mengecualikan bayaran
pendaftaran kemasukan untuk pelajar khas yang mengikuti latihan kemahiran di
institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mereka juga akan menerima elaun RM 300 bagi pelajar yang mendaftar dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tidak menerima biasiswa atas dasar kecacatan
semasa melanjutkan pelajaran.
Perkhidmatan Institusi dan Pendidikan
Perkhidmatan Institusi dan Pendidikan
Deklarasi Perkembangan dan Pembangunan Sosial telah mengumumkan
kepentingan memelihara hak golongan yang mempunyai kekurangan dari segi mental
dan fizikal serta menjaga kebajikan dan pemulihan mereka. Deklarasi ini menjamin hak dan peluang pekerjaan yang berguna dan produktif. Terdapat
pelbagai organisasi kebangsaan yang telah mengambil usaha untuk memperbaiki
sistem pendidikan bagi golongan pelajar berkeperluan khas antaranya ialah
United Nations Children Fund (UNICEF) dan United Nations Educational Scientific
and Cultural Organization (UNESCO).
UNICEF ialah sebuah
organisasi yang telah mengadaptasi prinsip yang terdapat dalam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dengan memberikan perkhidmatan asas kepada kanak-kanak
tipikal dan kanak-kanak kurang upaya dengan memberi penekanan terhadap kekuatan
keluarga dan sumber komuniti untuk membantu kanak-kanak kurang upaya dalam
persekitaran normal. UNESCO pula merupakan sebuah pertubuhan yang berkaitan
dengan pendidikan termasuklah pendidikan bagi kanak-kanak kurang upaya
berteraskan dua prinsip Deklarasi Sundberg:
-
Individu
kurang upaya perlu mendapat perkhidmatan komuniti untuk disesuaikan dengan
keperluan individu.
-
Melalui
pengagihan dan pengsektoran perkhidmatan, keperluan individu kurang upaya perlu
diambil kira dalam komuniti.
Di Malaysia sendiri
terdapat pelbagai kemudahan pendidikan dan institusi yang telah disediakan
antaranya ialah program pendidikan khas, Taman Sinar Harapan, Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti, Bengkel Daya / Terlindung dan Pusat Latihan Perindustrian Dan
Pemulihan Bangi. Kemudahan yang disediakan adalah untuk membantu golongan
berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan akademik, vokasional dan untuk
menjaga kebajikan.
Program pendidikan khas
dan institusi yang berkaitan diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada
golongan berkeperluan khas untuk mendapatkan hak sama rata selaras dengan
beberapa deklarasi utama yang menuntut pendidikan untuk semua. Hal ini adalah
kerana, golongan berkeperluan khas juga mempunyai kebolehan, minat, kemampuan
dan keperluan pembelajaran sejajar dengan kewujudan Deklarasi Pendidikan untuk
Semua dan Penyataan Salamanca.
Berdasarkan gesaan
melalui deklarasi di peringkat antarabangsa dan persetujuan oleh kebanyakan
negara anggota yang telah menandatangani deklarasi tersebut, Kementerian
Pelajaran telah menjadikan deklarasi tersebut sebagai dasar kepada pelaksanaan
pendidikan khas di Malaysia.
Pemulihan dalam komuniti
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan salah satu program
yang melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa / penjaga ahli keluarga
golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu orang kurang upaya
hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK
yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam
komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh ibubapa/penjaga ahli keluarga golongan kurang
upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat
dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah
dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian
Pendidikan (Pendidikan Khas). Bagi orang
ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bolehlah
melibatkan diri secara aktif di dalam program-program yang dijalankan oleh PDK
yang berhampiran. Selain daripada itu,
orang ramai juga digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa PDK bagi
meningkatkan lagi keberkesanan program pemulihan di PDK melalui perkongsian
maklumat, idea dan lain-lain.
Bagi ibu bapa /
penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang upaya ke PDK perlu
mendaftar kecacatan anak mereka di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang
berhampiran. Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan
tempat tinggal kanak-kanak kurang upaya. Kemasukan ke PDK tiada had umur. Walau
bagaimanapun, kanak-kanak kurang upaya ini yang dipilih selalunya bersikap
kebudak-budakan, walaupun telah berumur melebihi 18 tahun dan terencat akal.
Bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan pendengaran boleh terus mendaftar
dengan Kementerian Pendidikan.
Taman Sinar Harapan
Taman Sinar Harapan (TSH) merupakan institusi yang dikhaskan kepada
Orang Kurang Upaya Masalah Pembelajaran yang merangkumi kategori Lewat
Perkembangan Global, Sindrom Down, Lembam, Austisme, Attention Deficit
Hyperactivity Disorder (ADHD) dan Kurang Upaya Intelektual yang memerlukan
penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan. Secara amnya TSH memberikan
perlindungan dan latihan vokasional kepada golongan berkeperluan khas yang
terbiar atau tidak mempunyai penjaga.
Institusi ini juga
menawarkan latihan pra-vokasional dan pengurusan diri bagi membantu golongan
ini untuk berdikari dan berinteraksi. Di Malaysia terdapat tujuh buah Taman
Sinar Harapan yang beroperasi dan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kriteria kemasukan kesemua TSH adalah
mengambil kira klasifikasi mengikut umur, jantina, kategori ketidakupayaan, kebolehan
dilatih, serta kesesuaian dan kemudahan yang terdapat di TSH. Antaranya ialah:
1.
TSH
Tuanku Ampuan Najihah, Seremban dan
Bukit Besar Terengganu
-
Umur
0- 14 tahun
-
OKU
boleh dilatih
-
Lelaki
dan Perempuan
2.
TSH
Cheras, Selangor
-
Umur
14- 25 tahun
-
OKU
boleh dilatih
-
Lelaki
dan Perempuan
3.
TSH
Jitra, Kedah
-
Umur
0- 14 tahun
-
OKU
Terlantar
-
Tidak
boleh dilatih
4.
TSH
Kuala Kubu Bharu, Selangor
-
Umur
15 tahun ke atas
-
OKU
Terlantar
-
Tidak
boleh dilatih
5.
TSH
Tampoi dan Jubli Johor Bharu
-
Umur
15- 35 tahun
-
OKU
boleh dilatih
-
Lelaki
-
Tiada
penyakit berjangkit
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi Selangor
Pusat latihan ini merupakan sebuah institusi di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat yang bertanggungjawab untuk memberikan latihan vokasional
dan pemulihan kepada golongan yang berkeperluan khas agar mereka dapat
berdikari dan produktif. Pusatlatihan ini juga berfungsi sebagai tempat rujukan
dan sumber latihan penuntut perubatan, jurupulih, juruteknik, prostetik, dan
ortotik serta lain-lain lagi. Antara perkhidmatan
yang disediakan ialah kursus pra-vokasional, pemulihan perubatan dan kursus
vokasional. Kursus vokasional menawarkan latihan Pembantu Tadbir Sistem
Maklumat (MLVK), Rekaan Fesyen & Jahitan (MLVK), Elektrikal (MLVK), Elektronik,
Elektrikal, Prostetik dan Ortotik serta Pembuatan Kerusi roda. Perkhidmatan
pemulihan yang ditawarkan pula ialah perkhidmatan wad perubatan, fisioterapi
dan pemulihan cara kerja. Kriteria yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan
rawatan ini adalah seperti berikut:
1.
Kursus
Vokasional
-
OKU Fizikal
berdaftar dengan JKM
-
Umur 18 - 40
tahun
-
Mampu mengurus diri sendiri dan boleh mendapat
manfaat dari latihan
-
Kelayakan akademik PMR/ SPM
2.
Kursus
Pra Vokasional
-
OKU Fizikal
berdaftar dengan JKM
-
Umur antara 14 – 25 tahun
-
Mampu mengurus
diri sendiri dan boleh mendapat manfaat dari latihan
-
Boleh membaca
menulis dan mengira
3.
Pemulihan
Perubatan
-
OKU Fizikal berdaftar dengan JKM
-
Mampu mengurus
diri sendiri dan boleh mendapat manfaat dari latihan.
Bengkel Daya/ Terlindung
Bengkel Terlindung telah ditubuhkan mengikut Kaedah –kaedah
Workshop Terlindung 1979. Bengkel ini dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya yang
tidak berdaya saing untuk mendapat pekerjaan di pasaran terbuka. Terdapat dua
Bengkel terlindung di Malaysia iaitu di Sungai Petani da Klang. Bengkel ini
diwujudkan untuk membantu golongan berkeperluan khas untuk mendapatkan
pekerjaan yang membawa kepada sumber pendapatan untuk membantu mereka menyara
kehidupan. Bengkel ini menyediakan latihan dalam bidang vokasional untuk
menyediakan dan meningkatkan kemahiran, keupayaan, kebolehan dan pengetahuan
golongan kurang upaya. Criteria kemasukan yang pelru dipenuhi ialah seperti
berikut:
Kriteria Kemasukan
-
Berdaftar dengan JKM
-
OKU yang
terlatih berumur 18 hingga 45 tahun
-
OKU Fizikal dan
Masalah Pembelajaran
-
Bebas daripada
penyakit berjangkit
-
Boleh mengurus
diri sendiri
-
Percubaan selama
3 bulan bagi pekerja OKU yang baru diterima
masuk
No comments:
Post a Comment