Tuesday, 17 April 2012

UJIAN PENAKSIRAN PENGLIHATAN




1. Ujian Snellan
                                         
Carta Snellan digunakan untuk menilai kejelasan penglihatan dalam kalangan para pelajar yang sudah boleh membaca. Carta ini dinamakan sempena seorang oftomologi Belanda iaitu Herman Smelled yang mencipta carta ini pada tahun 1862.
           Ujian ini adalah berdasarkan kadar ketajaman mata normal yang boleh membaca dan mengenalpasti objek yang terdapat dalam jarak 20 kaki. Jarak 20 kaki digunakan kerana sinaran cahaya yang datang dari sesuatu objek pada jarak ini adalah selari dan tidak memerlukan biasan atau dibengkokkan oleh mata untuk difokuskan kepada retina. Bagi memastikan retina fokus kepada objek yang lebih dekat daripada 20 kaki, mata harus menyesuaikan dengan  sinaran. Lebih dekat objek atau huruf, lebih banyak penyesuaian perlu dilakukan. Carta ini biasanya mempunyai sepuluh barisan dan huruf-huruf yang terdapat pada setiap barisan akan menjadi semakin kecil pada bahagian bawah.
           Prosedur untuk menjalankan ujian ini adalah dengan mengantungkan carta Snellan di dinding dan individu yang akan ditafsir perlu berdiri lebih kurang dalam jarak 20 kaki atau 6 meter di hadapan carta tersebut. Individu tersebut akan menutup sebelah mata dan membaca carta tersebut dan langkah ini diulang pada mata yang sebelah lagi. Seseorang dikatakan mempunyai ketajaman penglihatan 20/20 atau 6/6 sekiranya dia boleh membaca huruf yang terkecil terdapat dalam barisan. Seandainya ketajaman penglihatan atau visual akuiti ditulis 6/60 bermaksud seseorang hanya mampu melihat huruf yang paling besar pada carta snellen
pada jarak 6 meter.
                  Selain itu, sekiranya pesakit sukar melihat huruf yang terbesar pada carta iaitu 6/60, optometris akan mendekatkan jarak ujian pada setiap 1 meter sehingga pesakit melaporkan yang dia nampak huruf yang paling besar itu. Sebagai contoh pada jarak 5 meter pesakit boleh mengenal pasti huruf yang paling besar pada carta maka ditulis sebagai 5/60. Begitulah sebaliknya sekiranya pesakit boleh melihat pada jarak 1 meter maka direkod sebagai 1/60. Hasil rekod ini penting bagi mengetahui tahap keterukan penglihatan seseorang bagi memudahkan doktor merawatnya sekiranya tahap penglihatan seperti ini tidak boleh dibantu dengan pemakaian cermin mata.
2. Ujian Katup/ Cover Test
Secara amnya, ujian ini digunakan untuk memeriksa sebaik mana mata seseorang berfungsi bersama. Semasa kita memandang objek kecil yang jaraknya agak jauh, doktor akan tutup dan membuka semula setiap mata untuk memerhatikan kekerapan mata bergerak dan memerhatikan sama ada salah satu mata menukar arah pandangan daripada objek “strabismus”.
              
                                                     Gambar rajah 1.1
                     Strabismus atau bahasa mudahnya juling ialah keadaan otot mata yang mana menyebabkan salah satu atau kedua-dua belah mata menghadap ke dalam atau dikenali sebagai esotropia atau menghadap keluar exotropia, menghadap ke atas hypertropia atau menghadap ke bawah hypotropia.  Gambar rajah 1.1 menunjukkan keadaan mata yang mempunyai masalah juling.
                “cover test” mempunyai dua bahagian iaitu bahagian pertama ialah unilateral cover test dan bahagian yang kedua ialah alternating cover test. Pada bahagian pertama iaitu semasa unilateral cover test seseorang individu tersebut akan diminta untuk melihat objek jauh dan semasa proses ini berlaku doktor akan mengarahkan agar pesakit tersebut memakai

                                                
cermin mata sekiranya mereka menggunakannya. Kemudian doktor atau pengamal perubatan akan menutup sebelah mata menggunakan “occluder”  dan memerhatikan pergerakan mata pada mata yang sebelah lagi. Sekiranya mata yang tidak ditutup bergerak untuk menfokuskan objek atau huruf yang dilihat maka pesakit tersebut mungkin menghadapi masalah juling.
                       Pada bahagian kedua iaitu semasa alternating cover test “occluder’ akan bertukar dari satu mata bagi yang lain. Pengamal perubatan akan melihat sama ada mata bergerak selepas tidak ditutup. Sekiranya mata bergerak, pesakit disyaki menghidapi phoria
                        

2 comments:

  1. humaira aisha, sy suka dengan semua maklumat yang diberikan di dalam blog, banyak mmeberi maklumat baru menambahka ilmu sy dengan alat teknlogi untuk OKU penglihatan., sy tertarik dengan tajuk Ujian penaksiran penglihatan, apa yang terfikir dan menjadi persoalan kepada saya ialah, adakah ujian snellan boleh memberi ukuran penglihatan kepada orang yang tidak dapat membaca huruf, buta huruf?? jelas ujian ini menunjukkan bahawa kita perlu boleh membaca huru-huru tersebut..?harap saudari humaira sudi menjawab persoalan saya... tq.

    ReplyDelete
  2. ada sedikit pengubahsuaian utk individu yg buta huruf... "carta lea" akan digunakan. carta lea ialah sejenis carta yang menggunakan simbol bentuk contohnya bentuk hati, bulat n empat segi.

    ReplyDelete