1.0
PENGENALAN
Aktiviti sukan adalah salah satu aktiviti yang memerlukan
ketangkasan atau kemahiran serta memerlukan tenaga yang banyak. Manakala,
aktiviti rekreasi adalah kegiatan yang dapat menyegarkan kembali kesihatan
individu serta boleh melapangkan fikiran. Berdasarkan kajian yang dijalankan,
didapati aktiviti rekreasi atau senaman lebih diminati berbanding sukan.
(Sumber: Kementerian Belia dan Sukan)
Penglibatan murid berkeperluan khas dalam aktiviti rekreasi amat
digalakkan di samping memberi faedah-faedah yang membantu dalam kehidupan
mereka nanti. Individu berkeperluan
khas mengikut Abdullah Yusof et al. (2006) terdiri daripada lapan kategori
iaitu kurang upaya fizikal dan kesihatan, kurang upaya pembelajaran, gangguan
emosi dan tingkahlaku, pintar cerdas, kurang upaya mental, kurang upaya
petuturan atau bahasa, kurang upaya penglihatan dan kurang upaya pendengaran.
Aktiviti
rekreasi bukanlah satu konsep yang terpisah dari kurikulum pendidikan. Ia
sebenarnya aktiviti amali sebagai lanjutan daripada matapelajaran di dalam
bilik darjah. Pengetahuan mata pelajaran diintegrasikan dalam aktiviti
praktikal secara menjalani gerak kerja dalam bentuk gunaan ( applied ). Dengan
kata lain, aktiviti rekreasi mempunyai berbagai jenis aktiviti yang dapat
dijadikan sumber pendidikan yang bermatlamatkan kesuburan optimum individu.
Antara aktiviti rekreasi yang sesuai dilakukan oleh murid berkeperluan khas
ialah sukaneka, perkhemahan, aktiviti kecergasan fizikal, kembara hutan,
senamrobik, bowling, berkuda, berenang, latihan dalam kumpulan dan sebagainya.
Oleh
itu penglibatan, murid berkeperluan khas dalam aktiviti rekreasi sangatlah
digalakkan kerana mendatangkan pelbagai faedah kepada
pekembangan kognitif, emosi, sahsiah, bahasa, dan sosial murid-murid
berkeperluan khas ini.
2.0
DEFINISI
Istilah rekreasi berasal dari perkataan Latin, recreatio yang bermaksud menyegarkan. Rekreasi dianggap sebagai
masa untuk melakukan aktiviti yang merehatkan dan menyeronokkan. Rekreasi juga
merupakan aktiviti yang dapat merehatkan manusia dari kerja. Ia berkaitan
dengan perkataan Latin, re-creare, yang
bererti membuat ulang, yang membawa maksud kegiatan yang dilakukan untuk
penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang.
Menurut salah
satu artikel yang dikarang oleh Karen Depauw (2009) , dalam buku yang
bertajuk Disability
and youth sport, beliau membincangkan
mengenai aktiviti rekreasi dan sukan telah bertempat sejak zaman dahulu lagi.
Aktiviti rekreasi ini boleh dilakukan oleh pelbagai peringkat umur dan
sebahagian besar aktiviti ini melibatkan senaman fizikal, dan banyak melibatkan
pergerakan termasuk dalam pendidikan jasmani, terapi dan aktiviti
bersukan.
Menurut
Collins Australian Pocket English Dictionary, rekreasi bermaksud sebarang bentuk
permainan atau aktiviti yang digunakan bagi tujuan menyegarkan kembali badan
dan aktiviti minda. Menurut Grant
Cushman dan Allan Laidler (1990) pula , rekreasi boleh dianggap sebagai satu
aktiviti lapang yang menyeronokkan dan dinikmati yang dilihat juga sebagai
salah satu aspek bagi tujuan pembentukan institusi sosial.
Menurut
artikel yang ditulis oleh Hayley fitzgerald (2009) dalam bukunya yang bertajuk Disability and
youth sport, beliau membincangkan mengenai kehidupan sosial murid
berkeperluan khas berkembang semakin baik dari tahun ke tahun. Ini kerana,
telah wujud satu kesedaran mengenai kurikulum yang sepatutnya dilaksanakan
kepada mereka setaraf dengan pelajar yang normal. Namun begitu, walaupun
perkembangan positif telah dikesan dalam hal ini, tidak semua murid berkeperluan khas menikmati
perkembangan dan diterap kedalam aktiviti-aktiviti rekreasi, oleh itu, golongan
murid ini kekal menjadi orang asing didalam masyarakat dan kehidupan sosial
mereka tidak berkembang (Filmer, 2005; Watermeyer et. al, 2006; Loeb et. Al.
2008).
Menurut Salleh Aman (2004) Rekreasi sebagai
aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah bersifat
aktif atau santai bersifat pasif. Manakala menurut Abu
Bakar Yang (2001) Rekreasi meliputi
berbagai-bagai aktiviti yang selalu dilakukan oleh anggota masyarakat pada masa
lapang seperti bersukan, bermain, mendengar muzik, melukis, bersiar-siar,
bercuti dan sebagainya.
Menurut Meyer & Brightbill (1956), rekreasi membawa maksud aktiviti
yang dijalankan di waktu lapang dan dimotivasikan oleh kepuasan yang dicapai
daripadanya. Aktiviti rekreasi lazimnya
dijalankan dengan mengambil masa yang lama. Oleh itu,ia memerlukan waktu lapang
agar aktiviti lain tidak terganggu olehnya. Kepuasan yang dicapai melalui
aktiviti rekreasi ini bermaksud, apabila seseorang melaksanakan aktiviti
rekreasi berbentuk pertandingan sebagai contoh, apabila beliau menang dalam
pertandingan tersebut, satu kepuasan akan dicapai.
Oleh
itu, boleh disimpulkan aktiviti rekreasi ialah aktiviti
bagi mengisi masa lapang. Aktiviti ini dilakukan untuk mendapat keseronokan,
kepuasan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Ianya merupakan aktiviti yang
menghiburkan selain daripada pekerjaan, melengkapkan tenaga untuk kerja atau
sesuatu yang positif dan diterima oleh masyarakat sebagai pengalaman. Aktiviti
yang dipilih adalah secara sukarela dan penglibatannya terserah pada individu.
Dalam aktiviti rekreasi tidak ada peraturan tertentu, maka aktiviti rekreasi
boleh dijalankan dan diberhentikan pada bila-bila masa dan ianya dalam bentuk
sejagat.
3.0
JENIS REKREASI
Terdapat dua jenis rekreasi iaitu
rekreasi aktif dan rekreasi pasif.
3.1
Rekreasi aktif
Rekreasi aktif merupakan satu senaman. Oleh itu,
kebaikan dan sumbangannya terhadap gaya hidup sihat adalah amat besar. Rekreasi
aktif memerlukan pergerkan yang cergas untuk memastikan tahap daya
kardiovaskular mencapai tahap ideal. Dengan melakukan senaman aktiviti sukan
dan perkara-perkara yang mengeluarkan peluh, seseorang itu akan berasa lebih
segar
3.2
Rekreasi pasif
Rekreasi pasif merupakan aktiviti yang santai dan
tidak memerluakn tenaga yang banyak. Rekreasi pasif berupaya membantu
murid-murid berkeperluan khas menghilangkan tekanan dan rasa bosan. Antara
aktiviti yang tergolong dalam rekreasi ini ialah mendengar muzik, dan
bersiar-siar.
4.0
AKTIVITI REKREASI
Terdapat beberapa aktiviti yang sesuai dilakukan ketika melakukan
aktiviti rekreasi yang melibatkan murid berkeperluan khas antaranya ialah
PERKHEMAHAN
Borhanudin Abdullah et. al (2006). Salah
satu kegiatan rekreasi yang sering dijalankan ialah perkhemahan. Rekreasi bagi
individu berkeperluan khas dapat mendedahkan diri dengan pengalaman baru dan
menyeronokkan. Individu berkeperluan khas mengikut Abdullah Yusof et al. (2006)
terdiri daripada lapan kategori iaitu kurang upaya fizikal dan kesihatan,
kurang upaya pembelajaran, gangguan emosi dan tingkahlaku, pintar cerdas,
kurang upaya mental, kurang upaya petuturan atau bahasa, kurang upaya
penglihatan dan kurang upaya pendengaran. Rekreasi luar seperti perkhemahan
pada asasnya boleh didefinisikan sebagai penggunaan sumber-sumber luar daripada
bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan, Richard G. Kraus
(1995). Ianya merupakan suatu aktiviti
yang menarik yang mana ia boleh dijalankan dengan pelbagai aktiviti seperti,
aktiviti sosial dan aktiviti ibadah selain untuk pendidikan. Dalam dunia
pendidikan ia disifatkan sebagai merentas kurikulum.
SUKANEKA
Aktiviti ini boleh membentuk kecederasan kanak-kanak ini. Mereka
akan lebih bersifat aktif dengan fizikal yang kuat dan sihat.Mereka akan berasa
seronok dengan aktiviti ini. Sukaneka ini
merupakan salah satu aktiviti yang dirancang bagi memenuhi tunjang
perkembangan fizikal dan kesihatan. Aktiviti ini juga dilakukan oleh
kebiasaan kanak-kanak untuk bermain,
berseronok dan mengisi masa lapang. Bagi kanak-kanak dengan keperluan khas,
bermain bukan sahaja menyeronokkan malah terapeutik. Mengikut terjemahan Kirk
(1993), kanak- kanak berkeperluan khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada
kanak-kanak sederhana ataupun biasa dari segi kognitif, keupayaan deria,
ciri-ciri fizikal, tingkah laku sosial dan emosi, keupayaan komunikasi dan
pelbagai lagi. Sebenarnya, bermain
merupakan salah satu bentuk terapi yang digunakan oleh
pakar tertentu untuk berinteraksi dengan
kanak-kanak ini serta membantu mereka meluahkan perasaan dan emosi. Walaupun
mereka mungkin tidak bersedia untuk bermain, namun mereka perlu bermain untuk
mengembangkan kemahiran motor kasar dan halus serta perkembangan deria mereka.
MERENTAS
HALANGAN
Aktiviti merentas halangan ini merupakan aktiviti yang agak
mencabar. Ia melibatkan kekuatan dan ketahanan mental dan fizikal. Selain itu
aktiviti ini penting bagi membentuk kecergasan seseorang individu serta
semangat kerjasama dalam menjalankan aktiviti. Kebiasaanya aktiviti ini
dijalankan secara latihan individu dan berkumpulan yang mana mereka perlu
melepasi setiap halangan yang dibentuk iaitu sekurang-kurangnya 7 halangan.
Contoh aktiviti halangan ini adalah seperti memanjat tembok, bergayut, merangkak
bawah dawai duri, titi goyang dan berbagai lagi.
LATIHAN DALAM KUMPULAN(LDK)
Antara aktiviti yang dijalankan dalam aktiviti LDK adalah aktiviti
berkumpulan dalam melaksanakan sesuatu permainan dan kegiatan di bawah
penyeliaan dan bimbingan seorang pemudah-cara atau fasilitator. Aktiviti LDK
ini boleh melatih kanak-kanak berkerja dalam kumpulan dengan saling bantu
membantu, tolong menolong dan berani mengeluarkan pendapat. Tujuan diadakan
aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan dan pendidikan mengenai sesuatu
isu, membina jatidiri dan keyakinan kepada pelajar untuk mengeluarkan pendapat
dan idea.
AKTIVITI KECERGASAN FIZIKAL
Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan
seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai
tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan
penurunan prestasi paru-paru dan saluran darah tersumbat dengan kolesterol.
Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung,
tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan lain-lain masalah pengaliran darah. (Falls
, 1980). Aktiviti fizikal ini termasuklah duduk, bangun, berjalan, melompat ,
berlari, mendaki dan lain-lain lagi.Antara contohnya ialah seperti aktiviti
senamrobik, merentas halangan dan mendaki gunung . Aktiviti ini juga dapat
mengasah kemahiran motor kasar murid berkeperluan khas. Contoh aktiviti ini adalah senamrobik, jogging, latihan jeda dan
lain-lain lagi.
KEMBARA HUTAN
Aktiviti ini melatih kanak-kanak mematuhi arahan yang diberi.
Mereka juga dilatih untuk mempunyai ketahanan diri dan fizikal serta mental.
Aktiviti kembara ini melibatkan aktiviti berjalan atau pergerakan secara
individu dan berkumpulan. Ia biasanya mempunyai matlamat tertentu di akhir
aktiviti ini. Ia juga perlu melepasi sesuatu halangan serta mencari sesuatu
dalam mengikuti arahan yang telah ditetapkan. Aktiviti ini biasanya menekankan
konsep aplikasi pengalaman dan pengetahuan serta kerjasama dalam kumpulan.
Contoh aktiviti ini adalah mendaki bukit atau gunung atau ekspedisi pendakian
dan ekspedisi berbasikal.
MALAM PERSEMBAHAN ATAU MALAM KEBUDAYAAN
Aktiviti ini dapat mengembangkan kebolehan murid disamping
menonjolkan bakat kanak-kanak. Mereka juga dilatih bersikap berani berhadapan
dengan orang ramai atau penonton. Mengikis sikap malu dan membentuk keyakinan
diri.
AKTIVITI KRAFTANGAN
Melatih murid belajar sesuatu kemahiran yang berguna untuk mereka.
Disamping membentuk minat aktiviti ini juga memdidik sikap tekun kepada mereka.
Mereka akan lebih besifat sabar dan teliti dalam melakukan sesuatu kerja.
KEPENTINGAN
REKREASI DALAM PEMBANGUNAN DOMAIN PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN MURID PENDIDIKAN
KHAS
7.1 ASPEK
KOGNITIF
Rekreasi adalah penting dalam pembangunan
kognitif yang melibatkan beberapa aspek penting seperti pengumpulan pengetahuan
dan keupayaan berfikir serta menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan
kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen
penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. Hal
ini demikian kerana rekreasi berperanan dalam membimbing kemhairan kognitif
murid menginterprestasikan kemahiran mereka dalam pelaksanaan aktiviti.
7.2 ASPEK
PSIKOMOTOR
Apek psikomotor menumpukan kepada
kuantiti pergerakan yang dipamerkan. Psikomotor ini melibatkan beberapa prinsip
asas seperti kekuatn, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot,
ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Ini bermakna kesesuaian aspek ini perlu
difokus untuk meningkatla kemahiran ini kepada murid berkeperluan khas.
7.3 ASPEK
AFEKTIF
Matlamat utama yang diingini dalam
aktiviti rekreasi luar seperti perkhemahan biasanya tertumpu kepada
perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan
sikap, emosi, apresiasi, nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial
melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Seperti yang kita
sedia maklum, sebahagian daripada murid berkeperluan khas menghadapi masalah
dalam aspek ini. Keadaan ini akan memberikan kesan yang besar kepada mereka
apabila mereka tamat persekolahan. Hal ini demikian kerana, tanpa kemahiran
komunikasi yang baik mereka sukar utnuk emndapatkan pekerjaan dan berinteraksi
dengan orang ramai.
8
FAEDAH AKTIVITI REKREASI
Terdapat 5 komponen yang ditekankan dalam usaha melahirkan modal
insan kelas pertama dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu jasmani, emosi,
intelek, rohani dan sosial. Aktiviti rekreasi berupaya menyediakan murid
berkeperluan khas komponen-komponen ini. Faedah-faedah tersebut dibahagikan
kepada beberapa aspek antaranya
8.1 FIZIKAL
Ø Melahirkan murid yang cergas dan sihat
Murid yang sering terlibat dengan
aktiviti fizikal dapat menjadi sihat berbanding rakan-rakannya yang lain.
Selain itu, mereka juga dapat mengembangkan pemikiran mereka dengan melakukan
aktiviti yang melibatkan penggunaan aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
Selain itu, pengeluaran toksik dalam badan juga berlaku yang boleh memberi
kesan kepada pelajar untuk menjadi lebih sihat. Pengeluaran toksik berlaku
melalui peluh yang keluar daripada badan apabila melakukan aktiviti rekreasi
seperti sukaneka dan bersenam. Dengan ini murid akan berasa lebih cergas dan
menjadi lebih proaktif di dalam kelas di samping membantu meningkatkan jangka
hayat murid berkeperluan khas,
Ø Meningkatkan kemahiran motor halus
Kanak-kanak berkeperluan khas ini berpeluang mengembangkan
kemahiran psikomotor dan meningkatkan gerak kerja semasa aktiviti bersama.
Melalui aktiviti seperti yang dilakukan dalam Latihan dalam Kumpulan(LDK)
memerlukan kemahiran motor halus seperti menggunting, melukis dan mewarna.
Selain itu, timbul sifat bekerjasama dan tologn menolong dalam menyiapkan
sesuatu tugasan yang diberikan.
Ø Meningkatkan kemahiran motor kasar
Bagi kemahiran
psikomotor kasar seperti melakukan aktiviti senaman pagi, bersukan, membina
khemah, jungle treaking juga memerlukan semangat berpasukan yang tinggi, Mereka
perlu saling bersefahaman agar aktiviti tersebut mudah dilakukan.Keadaan ini
memerlukan pengurusan diri di dalam kumpulan hendaklah cekap, di mana
pengurusan masa berkait rapat dengan pengurusan diri
Ø Membantu mengurangkan penyakit kronik
Selain
itu, melalui aktiviti ini juga, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit
kronik seperti diabetes, penyakit jantung dan osteoporosis. Murid-murid
berkeperluan khas mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap
penyakit-penyakit kronik seperti ini. Aktivi-aktiviti rekreasi yang bersifat
fizikal seperti berjalan, berenang dan berbasikal mungkin dapat mengurangkan
risiko bagi mereka mendapat penyakit ini.
Ø Meningkatkan sistem imunisasi badan
Melalui
aktiviti rekreasi juga, mereka dapat meningkatkan sistem imunisasi badan.
Kajian menunjukkan perubahan yang positif terjadi kepada sistem imunisasi
apabila melakukan aktiviti fizikal yang ringan. Walaupun sistem imunisasi akan
kembali kepada paras normal dikemudian hari, tetapi ia telah terbukti bahawa
pada setiap sesi aktiviti rekreasi, sistem imunisasi akan meningkat dan meningkatkan pertahanan terhadap penyakit
kemudian (Nieman, 2001)
Ø
Membina
kebolehan mental dan fizikal
Apabila menjalankan aktiviti rekreasi seperti berkuda, berenang,
berkhemah dapat memberi pengalaman baru kepada murid berkeperluan khas ini
dalam membina kekuatan otot seta ketahanan badan, imbangan, koordinasi,
fleksibiliti , posisi badan serta ketangkasan murid –murid ini.
8.2 SOSIAL
Ø Memberikan perasaan selamat dan
diterima dalam masyarakat
Melalui penglibatan dalam acara-acara seperti rombongan,
pesta-pesta, pertunjukan, perarakan dan sebagainya, ahli masyarakat setempat
dan masyarakat keseluruhannya dapat menanamkan sikap perpaduan yang boleh
menghilangkan halangan-halangan sosial seperi kelas sosial dan perbezaan
darjat. Sebaliknya, semua itu digantikan dengan rasa penerimaan terhadap
kekurangan golongan ini dan membuatkan mereka berasa diri diterima. Perkara ini
menyebabkan mereka tidak gusar untuk ikut serta dalam aktiviti rekreasi yang
diadakan oleh masyarakat.
Ø Menggalakkan interaksi sosial
Dengan
melakukan aktiviti rekreasi pelajar juga dapat mengembangkan kemahiran
sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan para guru dan rakan-rakan mereka
di sekolah dengan lebih baik. Dengan ini pelajar dapat mengamalkan sikap
perpaduan dan muhibah bersama rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan budaya apabila mereka saling bekerjasama dan bertoleransi dalam
sesuatu aktiviti rekreasi.
Ø Merapatkan hubungan dengan anggota keluarga
Rekreasi juga boleh memberikan kesan kepada individu yang
kemudiannya memberikan kesan kepada orang lain di sekelilingnya pula. Kesan
rekreasi kepada pertalian antara anggota keluarga yang berekreasi bersama-sama
adalah tidak dapat dinafikan. Melakukan sesuatu bersama-sama, seperti
menyediakan makanan untuk berkelah dan mendirikan khemah boleh merapatkan
hubungan antara anggota keluarga.
Ø Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang hak berekreasi golongan
berkeperluan khas
Masyarakat perlu diberi pendedahan mengenai kepentingan kanak-kanak
berkeperluan khas terlibat dalam aktiviti rekreasi. Melalui cara ini ,
masyarakat dan kanak-kanak ini akan dapat merasai pengalaman yang positif
bersama-sama melalui aktiviti seperti berkhemah, berkelah, bersukan dan
sebagainya.
Ø Kanak-kanak berkeperluan khas diberi hak yang sama untuk berekreasi
Melalui
aktitiviti rekreasi, timbul kesedaran dalam diri orang ramai mengenai hak
individu yang berkeperluan khas untuk sama-sama terlibat secara aktif bersama
masyarakat dan tidak ketinggalan. Penglibatan murid yang normal dan murid
berkeperluan khas dalam satu aktiviti rekreasi yang memerlukan mereka berkerjasama
dapat membantu individu yang
berkeperluan khas untuk lebih fokus kepada minat mereka dalam aktiviti rekreasi
tersebut berbanding kekurangupayaan yang
dihadapi ( Mahon et al, 2000). Hubungan baik yang terbentuk serta kesedaran dalam diri
masyarakat kepada hak murid berkeperluan khas dalam menyertai aktiviti rekreasi,
membolehkan mereka menjalani kehidupan seperti murid yang normal.
Ø Dapat mengikis pandangan masyarakat bahawa kanak-kanak berkeperluan
khas tidak perlukan rekreasi
Apabila pelajar beerkeprluan khas terlibat aktif dalam aktiviti
rekreasi maka dapat mengikis tanggapan bahawa kekurangan yang dialami oleh
kanak-kanak khas menyebabkan mereka tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti
rekreasi. Contoh seperti kemabaran hutan dan sebagainya.
8.3 SAHSIAH
Ø Melatih kemahiran membuat keputusan berdasarkan situasi dan
pengalaman
Aktiviti rekreasi dapat
memperkayakan pengalaman pendidikan dan memupuk minat para pelajar supaya
memperolehi pengetahuan dan kemahiran. Jika pelajar ditempatkan dalam satu alam
sekitar yang semulajadi tanpa kongkongan, mereka dapat mencapai objektif
pendidikan dengan mudah. Proses pembelajaran akan meningkat dan mental,
fizikal, sosial dan emosi mereka turut berkembang. Kelakuan ini menepati teori
Rousseau yang menyatakan bahawa ramai remaja bagi setiap kaum akan dapat
mempelajari sesuatu dengan berkesan dalam satu alam sekeliling yang berkesan
dan semulajadi.
Ø Menimbulkan perasaan seronok dan gembira
Aktiviti yang
dilaksanakan memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk meluahkan
perasaan, mengurangkan tekanan, menambah keyakinanan diri, bersedia menerima
risiko, bersemngat dan berani.Contohnya apabila mereka menjalankan aktiviti
seperti kembara hutan. Selain itu mereka meresa bangga akan pencapaian dalam
aktiviti tersebut sekaligus meningkatkan perasaan seronok untuk menyertai
semula aktiviti rekreasi tersebut.
Ø Memupuk semangat kesukanan
Selaras dengan
hasrat kerajaan iaitu 1 Murid 1 Sukan, maka wajarlah digalakkan penyertaan
aktiviti rekreasi untuk pelajar
berkeperluan khas ini.. Walaubagaimanapun harus dipastikan dahulu aktiviti
fizikal atau sukan yang ingin dilakukan tidaka akan membahayakan murid ini.
Antara aktiviti yang sesuai adalah berkuda, bowling dan berenang. Hal ini
kerana aktiviti ini juga memberi terapi kepada perkembangan fizikal pelajar.
Ø Membina moral yang positif
Program-program yang dilaksanakan banyak memberi impak yang positif
kepada murid berkeperluan khas ini. Antaranya meningkatkan nilai moral yang
baik seperti kerjasama, tolak ansur, dan berani. Contohnya menjalankan
aktiviti sukaneka , perkhemahan, kembara hutan semuanya mengandungi nilai yang
positif.
Ø Membina keyakinan diri dan penghargaan kendiri
Selain
dari meringankan tekanan yang dihadapi oleh mereka, aktiviti rekreasi juga
dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Hal ini terbukti melalui kenyataan
oleh Frank & Gustafon (2001), aktiviti fizikal secara konsisten dapat
meningkatkan keyakinan diri seseorang. Hal ini penting dalam konteks murid
berkeperluan khas kerana apabila mereka dapat meningkatkan sesuatu kemahiran
mereka pada tahap tertentu serta berjaya dalam sesuatu aktiviti rekreasi,
mereka akan membina keyakinan diri
mereka dimana ia akan mempengaruhi kehidupan mereka dari segi cara mereka
bekerja dan hubungan mereka dengan
keluarga dan masyarakat.
Ø
Meingkatkan
pengetahuan dan kemahiran memimpin
Apabila
mereka menjalankan aktiviti rekreasi yang melibatkan Latihan dalam Kumpulan
secara tidak lansung akan ada yang dipilih menjadi ketua. Jadi dengan adanya
aktiviti ini dapat memberikan pengalaman kepada murid cara mempimpin sesebuah
kumpulan. Sekaligua pengetahuan sebagai seorang pemimpin dapata diterapkan
dalam kalangan murid berkeperluan khas ini.
Ø
Memupuk
sikap menjaga kesihatan
Selepas
setiap aktiviti dilakukan lazimnya murid-murid berkeperluan khas akan diajar
untuk membersihkan diri seperti mencuci tangan, mandi, menggosok gigi ,
menyikat rambut dan lain lagi. Mereka juga akan dibimbing untuk membasuh
pakaian sendiri.
8.4 EMOSI
Ø Mengurangkan tekanan murid berkeperluan
khas
Pembelajaran di sekolah boleh menjadi
satu perkara yang membebankan kepada murid berkeperluan khas kerana mereka
menghadapi masalah untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajran yang
dijalankan di dalam kelas. Murid-murid akan berasa tertekan dengan latihan dan
tugasan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, aktiviti yang dilaksanakan boleh
membantu murid berkeperluan khas unutk mengatasi tekanan dengan melakukan
aktiviti yang menyeromokan seperti membuat kraftangan dan menyanyi.
Ø Mengikis perasaan malu
Ssesetengah murid khas malu hendak melakukan aktiviti seperti
melompat, berlari kerana kurang keyakinan dan khuatir diketawakan rakan. Dengan
adanya sokongan, layanan yang mesra daripada guru, fasilitator dan rakan-rakan maka dapat mengelakkan rasa
rendah diri kerana kekurangan yang dihadapi.
Ø Melatih untuk rasa bertenang
Murid berkeperluan khas yang menghadapi masalah ADHD dan
tingkahlaku biasanya huru –harakan keadaan . Melalui penglibatan aktif murid
ini dalam aktiviti rekreasi sekaligus membawa mereka untuk melupakan segala
peristiwa yang berlaku. Selain itu melalui aktiviti rekreasi ini juga dapat
menepati masa dan sabar kerana harus menunggu giliran basuh pinggan sama juga
sewaktu mengambil makanan.
Ø Mengelak daripada rasa disisihkan
Apabila murid-murid berkeperluan khas ini menjalankan aktiviti
rekreasi seperti latihan dalam kumpulan mereka akan dibahagikan kumpulan secara
rawak. Disebabkan itu dalam satu kumpulan akan ada murid yang berbeza, latar
belakang, jantina dan etnik. Selain tiu jika libatkan murid tipikal dalam
kumpulan dan mereka dapat bekerjasama dengan baik maka dapat mengelakkan rasa
disisihkan dalam masyarakat. Contohnya murid Sindrom Down terkenal dengan sifat
mudah mesra jadi jika murid tipikal dapat menerima mereka dengan ikhlas maka
perasaan yakin diri mula berkembang di dalam diri murid berkeperluan khas.
Ø Membantu menstabilkan emosi
Apabila seseorang pelajar sentiasa aktif
dalam sukan rekreasi, pelajar tersebut akan dapat mengawal emosinya dengan
lebih baik. Ini kerana pelajar dapat berfikir dengan tenang dan menyelesaikan
masalah dengan baik. Maka dengan itu pelajar tersebut tidak akan banyak
menimbulkan masalah di sekolah.
8.5 BAHASA
Ø Meningkat kemahiran berkomunikasi
Murid-murid berkeperluan khas menghadapi masalah dalam bersosial
dan berkomunikasi. Dengan adanya aktiviti rekreasi dapat membantu mereka untuk
mengembangkan kemahiran komunikasi tersebut kerana mereka perlu bekerjasama dan
saling bertanya sesame ahli kumpulan dan fasilitator aktiviti. Oleh itu
Fasilitator perlu memainkan peranan dalam menggerakan proses komunikasi murid
berkeperluan khas ini.
Ø Meningkatkan kemahiran bahasa
Sebahagian murid berkeperluan khas mengalami keadaan sukar dalam
menghasilkan perkataan untuk menyampaikan sesuatu pandangan atau kesukaran
memahami pertuturan . Antara masalah yang dihadapi ialah sengau dan gagap. Mereka mengambil masa yang agak lama untuk
memahami apa yang disampaikan oleh orang yang bertutur. Sewaktu menjalani
aktiviti rekreasi kemahiran komunikasi diperlukan dalam kumpulan, jadi perlunya
kerjasama semua ahli kumpulan untuk bersama menyumbang idea dan pendapat. Fasilitator
bermain peranan dalam sentiasa berkomunikasi dengan murid ini supaya mereka
berani untuk bertutur. Menurut teori pembelajaran bahasa behavioris , murid-murid
perlukan ransangan dan belajar daripada pemerhatian. Jadi dengan mengikuti
aktiviti rekreasi mereka dapat kenal dengan orang sekeliling dan menangkis rasa
malu yang hadir dalam diri atas kekurang yang dihadapi.
9
KESIMPULAN
Menurut Holah (2005), Freud, sebagai teori pembangunan psikologi
kanak-kanak telah menekankan bahawa dengan bermain, seseorang kanak-kanak itu
akan menjadi lebih bertanggungjawab dan belajar serta berusaha untuk mencapai
matlamat yang diingini. Ini kerana dalam sesuatu permainan terutamanya yang
bersifat berkumpulan, terjalin kerjasama antara individu untuk mencapai
matlamat iaitu menang. Dalam kerjasama tersebut juga, sifat peneraju atau
kepimpinan akan terbentuk dalam diri segolongan kanak-kanak, manakala sikap
penyokong pula akan terbentuk dalam diri segolongan yang lain.
Aktiviti rekreasi yang dibina untuk golongan berkeperluan khas ini
haruslah dirancang supaya dapat memenuhi minat, kehendak dan kebolehan mereka.
Disamping itu, dengan adanya penyertaan murid berkeperluan khas ini memberi
pelbagai faedah kepada golongan ini dalam meneruskan kehidupan serta membantu
mereka berdikari dalam kehidupan agar tidak bergantung kepada orang lain di
kemudian hari.
10
RUJUKAN
A.J.
Veal. (1992). Definition of Leisure and
Recreation. Australian Journal of Leisure and
Recreation.
44-48
N.
Thomas & S. Andy. (2001). 1st Ed. Disability, Sport, and Society: An
Introduction. New
York:
Routledge Taylor & Francis Group
H.
Fitzgerald. (2009). Disability and Youth Sport. New York: Routledge
Taylor & Francis
Group.
R.
Coleman & M. Chrisman. (2005). The Health and Social Bemefit of
Recreation. California:
California
State Parks.
Wan Norjihan Bt Wan
Abdullah. Panduan Menjadi Fasilitator.
PTS Publications Sdn Bhd.
Chek Mat . 2001. Pengurusan
Rekreasi : Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributor
Sdn. Bhd.
Azilah Kasim, Raslinda Mohd.
Ghazali. 2006. Kepentingan, Peranan, dan
Isu-Isu
Pengurusan Rekreasi. Sintok. Penerbit UUM
Diane Nahl, Dania
Bilal . 2007.Information and Emotion: The Emergent Affective Paradigm in
Information .Information Today Inc.
Manisah Mohd
Ali, Mohd Mokhtar Bin Haji Tahar. 2010 .
Kepentingan Rekreasi Kepada
Kanak-kanak
Berkeperluan Khas. Fakulti
Pendidikan UKM.
Salehudin, J.
2009. Kecergasan fizikal dalam sukan (Eds). Selangor: Karisma Publications.